Askar payung terjun
Askar payung terjun

Askar payung terjun

Askar payung terjun adalah anggota tentera yang menerima latihan khas menggunakan payung terjun memasuki kawasan operasi dan biasanya bertindak sebagai sebahagian daripada pasukan yang lebih besar memasuki kawasan operasi dengan cara digugurkan dengan payung terjun bagi maksud menawan dan mempertahankan sesuatu kawasan. Kemasukan dengan cara pengguguran menggunakan payung terjun membolehkan sesuatu pasukan melangkaui sesuatu barisan pertahanan musuh dan ancaman penggunaan askar payung terjun memaksa pasukan musuh menempatkan pasukan tentera di kawasan-kawasan yang sepatutnya selamat sekiranya dilihat dari sudut geografinya. Ini memaksa musuh menyerakkan pasukan tenteranya bagi menemui ancaman penggunaan askar payung terjun.

Berkaitan